Thursday, May 26, 2011

Sejarah.........................mungkin berulang?














Merujuk kepada intoduction seperti di profile aku, pada ayat terakhirnya ada tertulis "kemana aku selepas ini? itu kerja Tuhan...".. Well, ingin aku sambung kesinambungan ayat tersebut...

Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan atas doa yang tidak pernah putus dari abah&emak(aku tahu), adik beradik, isteri serta anak-anak, keluarga mertua serta seluruh alam, aku diberi kesempatan kembali ke Korea. Bumi tempat aku menimba ilmu demi segulung ijazah. Tapi kali ini, tanggungjawabku bukan hanya kepada keluarga namun lebih dari itu. Aku diutus oleh majikan utk berbakti kepada tanah tumpah darahku.

InsyaAllah, tidak akan aku persia-siakan kepercayaan yang diberikan. Sesungguhnya aku amat sedari bahawa aku masih mentah utk ditempatkan diposisi ini, namun seperti yg sering aku tanamkan didalam hati, "aku buat yang terbaik, InsyaAllah.."

Ya Rabbi, kau permudahkanlah jalanku dibumi asing ini, sesungguhnya kau Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati kecil ini....Perkenankanlah Ya Tuhan.

Wednesday, February 16, 2011

Projek Cili Fertigasi




Kenapa aku memilih projek ini? 1. Aku berhasrat utk menjadi usahawan, 2. Aku fikir aku boleh berjaya dlm bidang ini, 3. Aku suka habiskan masa di Kampung Melayu Subang, 4. Aku ingin menguji tahap kecekalan dan ketahanan mental fizikalku bekerja dibawah terik matahari, 3. Aku ingin mendalami teknologi yang hebat ini. 4. Aku ingin menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Hasil dari projek ini, walaupon tidak mendapat pulangan kewangan seperti yang aku impikan, namun, Alhamdulillah, banyak benda yang aku perolehi. cukup banyak dan berharga. Demi Tuhan, aku amat menghargai segala yang kau berikan sepanjang aku mengerjakan fertigasi ini. Biarlah siapa pon berkata, biarlah apa pon yang mereka katakan. aku redhaa...bahagia dann.....lebih memahami diri ini...

Tuesday, February 15, 2011

Vroom

Akhirnya berjaya juga aku melamar scrambler. Walaupun tak sehebat mana, Stakat nak syok2 sendiri tu kira ok lah. Tapi masih belum ada rezeki nak layan motor ni masuk hutan. motor dlm pantangg lah katakan. Skarang mertua aku yg jaga motor ni. Moga2 balik mesia nanti boleh la bawak motor ni lompat2.

Friday, January 28, 2011

Sayu dan hiba, bergenang si air mata..
Aku rindu pada Mu,

Tuhan...........

Tuesday, October 13, 2009

Dr Irfan Khairi

Aku bukan kaki baca!!! surat khabar pun agak susah nak selak. Tapi lepas jumpe Dr Irfan Khairi beberapa minggu lepas di MIDA, aku terpanggil utk layari website beliau, dan alhamdulillah, sehingga hari ini, paling tidaakk pon, 2 hari sekali, aku mesti surf website dia. Very informatif dan sangat baik. So aku nak kongsi dengan hangpa-hangpa. tengok-tengoklah.

http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=227deec9

Friday, May 2, 2008

Motor. Yamaha 80 ni adalah motor pertama dlm hidup aku. BBQ 318(tahun 1982). Big Boss aku mula ajar aku cara service carburator dan buat top overhould time aku darjah 4. Job aku just baraikan carburator tu dan rendam dlm petrol, dah berus2 skit utk buang habuk. Start dari situlah aku tahu yg aku betul2 minat dengan mesin ni..Time form 1, aku dah jadik owner tak rasmi motor ni. Motor ni lupus time aku fly pergi Korea tahun 1996.

Ni pulak motor pertama yg aku beli selepas aku habis diploma. JDM 3294 (1995). Motor impian aku semenjak aku kat skolah lagi. Kenangan paling manis time aku dapat beat satu 125Z (first model-1999) yg tiap2 pagi aku bersaing dari Subang Permai sampai ke Shah Alam.(time tu aku kerja di Klang). RM250 aku melayang just utk pasang chamber & minor Modify pada 'minjet'. Tapi hati aku puas sebab dapat beat itu 125Z. 2~3 kali gak mamat ni repeat, tapi time tu abang punye motor dah ada 'top-speed'. Slamat tinggal beb. Color motor ni dah tukar jadi biru. Masih tersadai kat Subang. Ada masa & ongkos nye nanti, aku touch-up lah mana yang patut.

Ni motor gua skarang! Lagenda Z tahun 2006 ( NBT 4058) first price TOTO pada bifday orang rumah aku'LOL'. 4-stroke tapi ok lah, aku bukannye boleh lelaju sangat skarang ni. Dah kawin ni gigil lebihh. Smalam aku dan amir godek2 skit motor ni, tambah air bateri, service plug, tambah minyak itam. Amir pon turut serta 'yeppe'(sebutan utk repair bagi anak bujang aku). Ntah pebenda yg budak tu buat, aku pegang 'player' dia nak pegang, aku ambil screw driver, dia pon nak pegang. Hitam legam gak la tangan dia pi main rantai dan tayar. tapi aku tahu dia happy, dan aku 2 kali ganda happy kalau tengok anak bujang aku ni happy.

Ntah macama, aku ternampak plak motor ni kat satu forum. Perghh, Terlioq gak tengok design dan saiz motor ni.(Naza GTR-150). Dengan pantas aku ajak Zah ngan Amir pergi showroom Naza kat Senawang. Harga OTR RM7400. tapi makin belek motor ni dan dari pertimbangan aku
TAKK PERRLLUU lahh nak tukaq ke motor patern macam ni. (1) spare part mahal, (2) Assy by NAZA ??!! (3) belting, (4) sebijik tayar boleh cecah RM 100 (5) top speed 130KM/H, KEjadahhnye, same laju ngan lagenda aku jee..(6) Malas nak tambah hutang lagi, dari perabih kat motor ni, ada baiknye aku simpan duit tu utk beli 'pocket bike' anak bujang aku tuu.
[[IMAGE DLM POST INI AKU AMBIL DARI INTERNET, BUKAN MOTOR SEBENAR AKU]]